Assalamualaikum readers,
Hehai. Long time no see maaa. Hmm agak-agak ade orang rindu tak? *winkwink* Okayy Takde. Haha. Btw, ni post kedua untuk tahun 2014 ni. Jyeahhhh *gua nak spm dah T^T* Haha. Asyik haha jaa aku ni? Bila nak hihi pulak? Lol Joking. Korang kena paham aku dah lame tak apdet macam ni lah jadinya. Hambar gitu. Tapikan bajet aku kesah ah? Ngeh ngeh Eippp takmo marah-marah.So kali ni apedet aku pasal Bulan yang penuh berkat iaitu *drum roll* bulan RAMADHAN. Seronok nak sambut bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah kita di beri peluang untuk merasai Ramadhan kali ni. Yedakk? Okayy okayy. Firstly, bulan Ramadhan ni bulan untuk kita. Korang mesti pernah dengar ayat ni {Bulan Rejab adalah bulan Allah, Bulan Syaaban adalah bulan Nabi Muhammad, Bulan Ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad} Selalu dengar kan? SubhanAllah Beruntungnya jadi umat Nabi Muhammad sampai ada bulan untuk kita. Smile :)))
Hah! Harini dah 3o Syaaban masuk 1 Ramadhan, korang dah plan belum Ramadhan korang? Hmm Yang dah Alhamdulillah. Yang belum lagi ni, jom kita plan sesama.
Tapi sebelum tu nak refresh balik apa maksud Ramadhan dan maksud puasa. Ramadhan dari segi bahasa nya ialah panas. Berpuasa di bulan Ramadhan pulak bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari hari dengan niat dan syarat-syarat tertentu. Ni maksud yang kita belajar ikut silibus skola yedokk? Haha. Tapi hendaklah diingatkan yang kita berpuasa biarlah yang sebenar-benarnya berpuasa. Bukan setakat merasa lapar, dahaga and penat tapi mendalami bulan ramadhan sebagai bulan untuk kita mendekati Allah. Tinggalkan perkara maksiat yang selalu kita buat dan topap dengan amalan-amalan sunat supaya kita lebih dekat dengan Allah. Tapi nak kena ingat jangan stop sampai akhir Ramadhan jaa, hendaknya istiqomah lah yek kengkawan.
Korang ade azam tak untuk Ramadhan kali ni? Yeah! Azam nak Ramadhan kali ni lagi baik dari tahun lepas. Kalau boleh azam lah nak khatam Al-Quran dalam bulan ni. Mungkin tahun lepas ade yang tak dapat nak habiskan so khatamkan lah dalam bulan ni. Dalam bulan Ramadhan ni kita boleh peroleh banyak pahala tau kalau korang nak tau. Even benda baik sekecil zarah *atau bahasa chemistry nya kita panggil atom* boleh dapat pahala yang banyak. Untung kan? SubhanAllah. So aku sarankan dekat sini agar korang semua melakukan kebaikan walau sedikit asalkan hati nak ikhlas kerana Allah Taala. Dalam mengingatkan orang aku pun mengingatkan diri aku sendiri. Multi-tasking katakooooo. Hiks. Nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan tak mustahil. Act, tak semestinya kena start time bulan Ramadhan. No! Korang boleh start dari bulan Rejab tapi khatam dalam bulan Ramadhan. Tu maksudnya. Hmmm. Solat Tarawih. Malam ni dah boleh start tarawih kan? Hah! Jangan lepaskan peluang tau! Sronok sebenonya solat tarawih ni. Kira korang exercise lepas makan bebanyak yang tak hengat dunia tu. Hekhek. Jkjk. Bukan setakat exercise jaa, tapi antara salah satu cara nak banyak kan pahala. Kekeke. Third, Qiyyamullail. Sekarang musim bola kan? Hah! Wake up semata-mata untuk bola boleh, takkan nak tahajud tak boleh? Ringan-ringankan vetebrae, rajin-rajinkan lah diri tu buat tahajud. Kita tukar konsep FIFA tu kepada konsep islamik sikit. Yeah FIFA { Fasting Is For Allah } Yedokk? Hehe
Forth, Baca Al-Quran. Perbanyakkan baca dan dengar Al-Quran. Ambil iktibar dari Al-Quran. This could be the way to remember Him. Yeah, topap sikit dengan zikrullah dan ma'thurat. ;) In Shaa Allah Ramadhan kita akan lebih bermakna. Elakkan membazir ya kawan-kawan. Biasa lettew kalau pergi bazaar Ramadhan ni rambang mata kan? Semua benda nampak sedap. Hmmm Contol nafsu dan makanlah berpada-pada. Ingat mereka yang tiada makanan untuk berbuka. Kita sesedap belasah kay ep ci tapi mereka yang kat somalia dan sewaktu dengannya tak dapat pun makan sesedap macam kita. Kan salah satu objektif kita berpuasa adalah untuk merasa penderitaan saudara kita yang berlapar tanpa makanan? Hmmmm. Next, banyakkan sedekah. Penuhkan tabung-tabung kat masjid. Jangan even pikir bersedekah ni boleh jatuh miskin. No! Salah tu! Jangan sesekali pike camtu. Semakin banyak kita bersedekah, banyak insan yang dapat kita tolong. Bersedekah ni bukan semata-mata sedekah duit, sedekah makanan pun dikira sedekah. Even sedekah senyuman pun dikira sedekah. Wow, senangnya nak buat benda baik ni kan? Tak susah dan tidak menyusahkan. :))) Tapi kalau dah bersedekah, jangan riak pulak. Rosak pahala kita nanti. Lagi ape eh? Hah! Jangan lupa kawan-kawan, Hidupkanlah bulan Ramadhan. Sambut Ramadhan ni macam sambut tetamu yang dirahmati Allah. Allah dah bagi kita peluang nak beratkan buku pahala kita. Jadi tunggu ape lagi? Kemon guyss!! Renung-renungkan dan selamat beramal :))))
NOTES!!
- Jangan lupa niat puasa untuk sebulan dan yang harian punya yeeee!
- Solat tarawih cuba buat penuh. Kalau yang pompuan, paham-paham jaa lah ;)
- Sahur. Sahur membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi.
- Sambil-sambil tu qiyyam. Tapi yang penting jangan lupa sahur. Lebih elok lambat-lambatkanlah sahur :)
- Tahan diri dari nafsu makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa.
- Lakukan perkara-perkara sunat such as membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, solat sunat dhuha dan sebagainya.
- Ambil peluang untuk hafal surah-surah lazim.
- Jangan membazir tau. Beli sekadar yang perlu jaa kat bazaar tu nanti.
- Percepatkan berbuka. Perkara sunat tu.
- Jangan asyik nak dengar lagu yang lagha. Dengar surah-surah kan bagus.
Hmmm Tahun lepas Puasa kali pertama di SAKTI. Tahun ni pulak Puasa terakhir di SAKTI. How time flies. Okayy okayy. Selamat berpuasa muslimin dan muslimat sekalian. Semoga Ramadhan ini memberi makna pada kita. Mungkin Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir kita di dunia. And tak lupa. Kejarlah Lailatul Qadr. Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Lailatul Qadr. Ameen.
Okayylah Bebai! Jangan lupa niat. Yang ma'zurah, mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang baik utk kita. Husnuzon and Peace Assalamualaikum Gednight
Assalamualaikum semua,
Adios, hehe my first post for 2014. *Applause* Hmm act, aku nak sambung post aku pasal cita-cita aku mase tu. Konon-konon nak apdet sebelom naik cuti skola bulan doblas tu, tapi, apakan daya tiada kesempatan daku untok menghapedet post. Emm, as uolls know this is my first update for 2014, the reason aku tak apdet sebab aku sambut New Year kat skola. {Sedih tak?} Hmm, tapi aku bukanlah sambut betol-2 macam main bunga api ke, main mercun ke. Kemungkinan waktu tu aku tengah terbongkang tidur kepenatan mungkin. Mane taknye, dari pagi sampai ke malam kelas memanjang sape yang tak penat ekau cito dengan aku. Eh, ape siaa. -.-'' Hmm dah ah, panjang pulok muqaddimah yang takde isi ni. Hadoyai.
***
Aku pernah bercita-cita untok menjadi penulis novel. Dan aku berharap dapat menghasilkan sebuah novel cerita cinta komedi. Cewahh. Hmm, aku nak sangat tulis novel yang jalan ceritanya tak pernah lagi orang baca. Wah, gempak tak?! Aku start suka nak tulis novel yang sempoi sejak baca novel Doktor Cinta hasil karya Dyadila. Novelnye comey-comey gituw. Plot menarik, ade part sedih gaban, susunan ayat sempoi gila. Haha. So aku pun startlah menulis novel ni. Tapi, at first idea nak tules novel ni aku cerita kat nadzirah jaa. Sebab die ni novellaholic tahap tak hengat. So die pun, emm okayy dan macam-macamlah aku cerita kat die. Tapi, aku cuma menulis sampai chapter 4 jaa. Sedih kan? *Sadlife much* Hmm, aku stop menulis sebab aku semakin merasa jalan cerita novel aku merepek dan sadis. Orang baca boleh menangis sebab menyesal beli buku aku. Hah, eden taknak jadi centu. Korang nak?
***
Chef? sounds interesting. Teringin nak jadi chef sebab nnti aku boleh ade dapur personal. Lengkap peralatan memasak. Bikin gua teruja. Hmm, ala-ala Chef Sher Tan dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa tu. Korang pernah tengok tak? Hensem kan? Maksod aku dapor die tu hensem. *Cover line* Haha Aku suka dapur centu. Ek eleh, stakat suka dapur baik takpayah. Tapi, act, aku suka tengok chef memotong. Korang suka tak? Wah, i olls kalau tengok chef-chef memasak ni, i paling suka tengok part memotong jaa. Laju jaa. Gua nak meniru gaya tu, elak terpotong jari jaa. Haha! Aku takde bakat sebegitu. Hmmm.
***
Hmm kalau post sebelom ni aku cerita pasal aku nak jadi pensyarah, tukang jahit, photographer,saintis dan sebagainya, sekarang ni aku nak cerita pulak pasal cecita aku nak jadi DETEKTIF. Woahh, perempuan nak jadi detektif? Like seriously boleh tak? Hmm, tu yang aku agak persepsi orang bila aku mengatakan yang aku teringin gegila nak jadi detektif. Tahap gaban kau aku punye cita-cita nak jadi detektif ni. Hmm mesti korang terpike detektif Conan kan. Hmm ape yang korang agak tu 99% ade kaitan dengan cita-cita aku yang satu ni. Klaka tak? Klaka lah pade aku. Eh, ape yang klaka pun aku tak tau. Hmm, kalau korang nak tau, Detektif Conan lah penyebab aku nak jadi detektif. Haha Macam kanak-kanak betullah. Tak matang langsung. Hmm sekati korang lah nak habaq ape kat aku pasai ni tapi ado hakoo kesah? Haha . Emm ehemm ehem *clear throat* Hmm tapi jenis penyiasat yang aku nak jadik ni, penyiasat muda jaa kat skola gitu. Hah! Hmm, tapi bila semakin besar, daku merasakan bahawa amat tidak patut aku menjadi detektif tu. Hmm lagipon mak aku semacam tak restu jaa aku nak jadi detektif ni. So, aku pun telah mengubah cita-cita aku sekali lagi. Harharhar. Nak tau tak ape die?
***
Betul ke korang nak tau? Ecehh Ape seh aku ni. Batak sungguh. Hmm cita-cita aku yang terbaru ialah jeng jeng jeng *drum roll* Huh, nebes akak tau. Aku nak jadi DOKTOR PAKAR. Muahaha. Hmm, setelah aku menyedari yang cita-cita aku nak jadi detektif tu amatlah tak realistik, tetiba aku diberi ilham oleh Allah untuk jadi Doktor Pakar. Hmm, sekarang ni aku sedang bergiat aktif lagi cergas menelaah biologi. Aku ni tak pernah-pernah nak minat bio terus aku nak belajar bio ni betol-betol. Hmm, kalau ade rezeki dan izin Allah, dapeklah eden jadi Doktor nanti. Tapi, aku dengar susah lah nak jadi doktor ni, nanti tak banyak cuti, on duty tak kira masa, hmm dugaan kan? Kenalah belajar bersabar. Yedakk? Mak aku ade buat research pasal kerjaya yang sesuai dengan aku. *selingan sokojap* Then, die suggest aku amek biotechnology. Aku pun, Hah?! Amende tu?! Search internet dan aku mendapat hasil yang menggempakkan. Muahaha. *Menggempakkan? Kesalahan kosa kata ya rakan-rakan* Aku buat comparison antara biotechnology dengan biomedical. Both field ni bestlah bagi aku, hmm tengoklah hala tuju aku. :)) Btw, kalau korang masih terpinga-pinga, terkulat-kulat tak tau makne jadah biotechnology dan biomedical yang aku mention tadi, hah ringan-ringankanlah tulang-belulang engkorang search kat internet ye. Eden ni tak rajin macam engkorang nak menaip pepanjang ni. Bahahaha. *krik krik* -,-t
***
Hmm, masa berlalu begitu pantas ye. Sedar tak sedar, dah bulan dua dah. Aku ni pun macam tak sedar diri lagi tahun ni nak espiyem. hmm, aku mintak korang tolong doakan kejayaan aku ya. SPM army selamat maju jaya, especially warga STALWART & CO di SAKTI. Yeah! Break record? I'm in. ;) Klahh, got to go to eat. Tadi kemain aku lapar sampai boleh buat lagu tau. Tapi takdelah sampai aku bercita-cita nak jadi penulis lirik atau komposer pulak. Cukuplah sekadar ni jaa aku punya story and cita-cita. Kbhaii Assalamualaikum. Peace yo! Xoxo! Publish!