Hah! Harini dah 3o Syaaban masuk 1 Ramadhan, korang dah plan belum Ramadhan korang? Hmm Yang dah Alhamdulillah. Yang belum lagi ni, jom kita plan sesama.
Tapi sebelum tu nak refresh balik apa maksud Ramadhan dan maksud puasa. Ramadhan dari segi bahasa nya ialah panas. Berpuasa di bulan Ramadhan pulak bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari hari dengan niat dan syarat-syarat tertentu. Ni maksud yang kita belajar ikut silibus skola yedokk? Haha. Tapi hendaklah diingatkan yang kita berpuasa biarlah yang sebenar-benarnya berpuasa. Bukan setakat merasa lapar, dahaga and penat tapi mendalami bulan ramadhan sebagai bulan untuk kita mendekati Allah. Tinggalkan perkara maksiat yang selalu kita buat dan topap dengan amalan-amalan sunat supaya kita lebih dekat dengan Allah. Tapi nak kena ingat jangan stop sampai akhir Ramadhan jaa, hendaknya istiqomah lah yek kengkawan.
Korang ade azam tak untuk Ramadhan kali ni? Yeah! Azam nak Ramadhan kali ni lagi baik dari tahun lepas. Kalau boleh azam lah nak khatam Al-Quran dalam bulan ni. Mungkin tahun lepas ade yang tak dapat nak habiskan so khatamkan lah dalam bulan ni. Dalam bulan Ramadhan ni kita boleh peroleh banyak pahala tau kalau korang nak tau. Even benda baik sekecil zarah *atau bahasa chemistry nya kita panggil atom* boleh dapat pahala yang banyak. Untung kan? SubhanAllah. So aku sarankan dekat sini agar korang semua melakukan kebaikan walau sedikit asalkan hati nak ikhlas kerana Allah Taala. Dalam mengingatkan orang aku pun mengingatkan diri aku sendiri. Multi-tasking katakooooo. Hiks. Nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan tak mustahil. Act, tak semestinya kena start time bulan Ramadhan. No! Korang boleh start dari bulan Rejab tapi khatam dalam bulan Ramadhan. Tu maksudnya. Hmmm. Solat Tarawih. Malam ni dah boleh start tarawih kan? Hah! Jangan lepaskan peluang tau! Sronok sebenonya solat tarawih ni. Kira korang exercise lepas makan bebanyak yang tak hengat dunia tu. Hekhek. Jkjk. Bukan setakat exercise jaa, tapi antara salah satu cara nak banyak kan pahala. Kekeke. Third, Qiyyamullail. Sekarang musim bola kan? Hah! Wake up semata-mata untuk bola boleh, takkan nak tahajud tak boleh? Ringan-ringankan vetebrae, rajin-rajinkan lah diri tu buat tahajud. Kita tukar konsep FIFA tu kepada konsep islamik sikit. Yeah FIFA { Fasting Is For Allah } Yedokk? Hehe
Forth, Baca Al-Quran. Perbanyakkan baca dan dengar Al-Quran. Ambil iktibar dari Al-Quran. This could be the way to remember Him. Yeah, topap sikit dengan zikrullah dan ma'thurat. ;) In Shaa Allah Ramadhan kita akan lebih bermakna. Elakkan membazir ya kawan-kawan. Biasa lettew kalau pergi bazaar Ramadhan ni rambang mata kan? Semua benda nampak sedap. Hmmm Contol nafsu dan makanlah berpada-pada. Ingat mereka yang tiada makanan untuk berbuka. Kita sesedap belasah kay ep ci tapi mereka yang kat somalia dan sewaktu dengannya tak dapat pun makan sesedap macam kita. Kan salah satu objektif kita berpuasa adalah untuk merasa penderitaan saudara kita yang berlapar tanpa makanan? Hmmmm. Next, banyakkan sedekah. Penuhkan tabung-tabung kat masjid. Jangan even pikir bersedekah ni boleh jatuh miskin. No! Salah tu! Jangan sesekali pike camtu. Semakin banyak kita bersedekah, banyak insan yang dapat kita tolong. Bersedekah ni bukan semata-mata sedekah duit, sedekah makanan pun dikira sedekah. Even sedekah senyuman pun dikira sedekah. Wow, senangnya nak buat benda baik ni kan? Tak susah dan tidak menyusahkan. :))) Tapi kalau dah bersedekah, jangan riak pulak. Rosak pahala kita nanti. Lagi ape eh? Hah! Jangan lupa kawan-kawan, Hidupkanlah bulan Ramadhan. Sambut Ramadhan ni macam sambut tetamu yang dirahmati Allah. Allah dah bagi kita peluang nak beratkan buku pahala kita. Jadi tunggu ape lagi? Kemon guyss!! Renung-renungkan dan selamat beramal :))))
NOTES!!
- Jangan lupa niat puasa untuk sebulan dan yang harian punya yeeee!
- Solat tarawih cuba buat penuh. Kalau yang pompuan, paham-paham jaa lah ;)
- Sahur. Sahur membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi.
- Sambil-sambil tu qiyyam. Tapi yang penting jangan lupa sahur. Lebih elok lambat-lambatkanlah sahur :)
- Tahan diri dari nafsu makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa.
- Lakukan perkara-perkara sunat such as membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, solat sunat dhuha dan sebagainya.
- Ambil peluang untuk hafal surah-surah lazim.
- Jangan membazir tau. Beli sekadar yang perlu jaa kat bazaar tu nanti.
- Percepatkan berbuka. Perkara sunat tu.
- Jangan asyik nak dengar lagu yang lagha. Dengar surah-surah kan bagus.
Okayylah Bebai! Jangan lupa niat. Yang ma'zurah, mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang baik utk kita. Husnuzon and Peace Assalamualaikum Gednight



No comments:
Post a Comment
Anything?