Pages

210617 Appreciation post PF14

Assalamualaikum and bonjour,

       Hai ols! Kabare? Waras? Harhar. Aku harap korang semua sihat sejahteralah di bulan ramadhan yang mulia ini. Tinggal lagi berapa hari je nak puasa. Alhamdulillah. Dah nak raya dah. Huhu. So post kalini, aku bukan nak beri tazkirah ramadhan atau sketsa hari raya ke apa. Cuma nak buat sedikit appreciation post kat batch pf14. Walaupun diorg tak mintak aku still nak buat jugak. Muehehe. *Batak giteww*  Yelah sebab dah 2 tahun bersama dan kena berpisah kat France ni. Tapi haha internet ada utk menghubungkan kami. *pehal ayat aku skema bhai. -,-' *  Okayy. SO APPRECIATION POST PF14 COMING THROUGH. 



!!WARNING!! NAK SPAM GAMBAR BANYAK MEHH!!!!



Aku percaya ni gambar sem 1. Lepas exam french. Kitorg pakai baju batch sebab dah janji nak amek gambar. Omggggg innocentnya muka anak2 ini. 😄😄 And aku sebenarnya nak upload gambar kelas sem 1. Tapi takde pulak gambarnya. Hahaha. Anyways, thanks guys, it was always fun being in the same class with you guys. 





Ni gambar sem 2. Kat airport hantar senior. Time ni pun ada cubaan nak memalukan diri dengan menyanyikan lagu batch kitorang iaitu *Weeyyyyyaaaappppp*  Cubaan jelah tapi. Y lah i dun have our proper pic. Y does it have to be in that cd and tak bawak pulak tu. *sigh* Masa ni semangat membara-bara kau tgok senior fly. Rasa tashabar nak fly tahun depannya. 




Ni pulak gambar classmate sem 2-4. Nous nous presentons......... LES CHIMISTES Woooooo. Kelas paling conservatif among all. Paling senyap tapi kalau dah bergosip reramai kalah kau jah. Kitorg ada cara nak have fun cara kitorg. Lulz.




Ni rumet masa sem 1&2. Nama dia aiin. Hehe. Ganaih bakhang tapi comel. *roll eyes* 







Walaupun kami senyum, tak bermaksud sem 3 ni best. Sem yang paling menyakitkan dan memenatkan. Bila habis sem 3 ni, kitorg happy gila!!!!! Like segala pengorbanan, kesabaran dan penderitaan akhirnya telah berakhir. finally guys!!!!! We're freee!!!! Haha. Btw, last sekali gambar rumet and not for sale ofc.


 This is literally kitorg lepas habis french exam. Which means habis sem 4 which mean habis PF!!!! OMG I CANT BELIEVE MY EYES AND MYSELF!!!! HAhaha. Lihatlah senyuman kelegaan anak2 ini setelah 2 tahun terseksa. Masuk berita kot gambar kitorang ni. Hahaha. Boekkkkk. 



That's all. Harap korang enjoy baca blog aku. Mungkin? Tapi dalam masa terdekat ni aku update lagi satu post. HEwhew. Adios! Aku nak bukak puasa dah ni. 




270317 University life ((part 2))

Assalamualaikum and bonjour gais!!!!!


           Hai gais, dah lama gila aku tak post something kat blog ni. Aku dah tak macam biasa nak kena tiup habuk dulu pejadah macam kat post2 aku sebelum ni. Yeah, i know, macam sakai. Anyways, aku tak post pape langsung tahun lepas. Nak kata busy, memang busy pon. So harini aku update pun sebab bosan dan taktahu nak buat apa. Actually ada, tapi aku rasa aku dah gian sangat nak update something kat blog aku. Herher. 😆 So, it takes me 1 year utk sambung post university life aku. But, aku harap korang baca jelah. Aku tak jamin yang post ni pendek but aku jamin post ni tak kan jadi super panjang. Okay, program foundation aku iaitu PreFrance actually dah habis. Minggu lepas kitorang punya final. Dan minggu ni kitorang sangat2 busy sebab ada interview dan kena uruskan visa. So aku officially habis this friday ((YEAYYYY!!))   semuaorang like happy gila but sedih at the same time ((yeke?? 😕))



              First sekali, aku nak buat resume pasal 4 sem of prefrance, then specific kat sem 4. So, SEM 1 ni dia chill lagi, semuaorang akan rasa susah sebab nak kena adapt dengan sistem baru, bahasa baru. Tapi sem 1 ni still guna bahasa mat saleh except french itself. Bayangkan lah first class french takde langsung bahasa inggeris. Berpeluh nak jawab pertanyaan lecturer. Dah lah memasing garang. But ada je yang baik. Semua cam push kitorg macam kitorang ni lahir2 je terus pandai cakap french ((hiperbola giteww. 💁 )) . But, yelah, dah sistem diorg en. So lelama dah boleh adapt. So masuk SEM 2, dah fully french, exam pun kena jawab in french. Haaa terngango kau dengar terms2 french. Boleh muntah hijau. Penat do, serious. Tapi aku lagi kesiankan budak sainspo. Lagi penat aku tgok dorg. Dah lah berdua je. Setiap hari balik malam. Sem 2 ni dia penat lain macam, but still chill kalau nak dibandingkan dengan sem 3. Busy sebab kena buatkan dinner dan convo utk senior. Dengan examnya lagi. So, SEM 3,  NI SEM PALING PUAKA BAGI AKU. Like srsly penat gila sebab everyweek ade french presentation orale, setiap hari ade je homework, role play, presentation industrial engineering bagai. Like for the whole 6 months, benda yang sama kena buat. Sampai dah boleh expect dah homework apa dia nak bagi. So kitorg dah prepare awal2. Dengan mathsnya tu memang paling susah dan paling penting. Tap bila sem 3 ni habis, kitorg macam lega dan tak percaya gila dah survive. Fuhhh. And the last part of prefrance, SEM 4. Sem 4 ni just 10 minggu je. Tapi seksa juga ah nak habis. Actually, sem 4 french ersangatlah best kecuali part kena buat presentation orale. Presentation nya dua kali TAPI! sangatlah mengambil masa dan kena capai expectation lecturer french korang. So, ape yang bestnya sem 4 ni? Hhehehe. Yang bestnya, dia rasa relax sebab tak banyak homework french macam sem2 sebelumnya, dan korang akan tengok movie2 french yang best! Macam setiap minggu gak ah. And plus, korang akan diajar bahasa yang pelik2, supaya kat France nanti, bila ada français (french people) mengutuk dan mengeji kau, takdelah kau nak gelak tersenyam-senyum en. So, that's all ah nak komen pasal pre france, tapi jangan risau, semua benda susah kat dunia ni. Tapi at the end, mesti ada happiness or something yang worth to wait for. 



             So, sem 4, nanti korang akan dibusykan dengan preparation nak fly. Such as, kena join btn, buat passport 
(kalau korang belum ada passport, nnti dia bagi surat diskaun utk buat passport) ada interview lah, promote prefrance lah, buat visa lah, predeparture dan sebagainya. So BTN  ni best senanya. Takdelah kena kawad macam askar2 or benda yang bosan2. Overall, BTN ni best. But ikut tempat kot rasanya. Macam kitorang, dapat buat BTN kat Meru. Fasi2-nya orang 'klasik' tapi sangat kelakar. Kat situ, korang akan campur dengan budak yang buat preparation kat negara lain. So, dapat lah korang menambah kenalan. Tanya2lah sikit pasal country yang diorang nak gi.^^, HAha. Seronok tau weh. And then final. Peh tak sabar gila nak habis final haritu. Yelah, mana taknya, kitorg takde study week kot. So, terpaksa bertungkus-lumus, bersengkang mata nak belajar. Tulah, sapetah suruh belajar last minute. *roll eyes* Habis final, nanana, dinner annual pf. Thanks and tahniah lah kat junior kitorg PF15 sebab dapat jugak buat dinner utk kitorg. Hahaha. Mesti penatkan? Kitorang paham. Sebab pernah jadi junior cam korang gak. Herher. And btw, tadi pagi aku ade interview dgn lecturer dari tempat aku belajar kat sana. So, tggal nak buat visa jumaat ni dan seterusnya boleh balik. Oh ye! Jumaat ni aku ada kat Alliance Française, kat Kolumpo nak promote PF. So, kalau nak tau pasal kos aku ni, moh ler datang hari Jumaat ni. Korang waze je lah kot nnti keluar. Okay. That's all. 


              Aku rasa 2017 ni aku akan start rajin balik nak update post. Maybelah. But anyways, thanks lah baca update aku kalini. aiTerharu uols. Haha. So post seterusnya, aku nak buat appreciation post untuk batch aku. Just a small post. Nak appreciate dorg kekonon. 💁💁. Okay goodnight. Adios!